Salam
Pagi yg permai.. Seusai sOlt subuh. Aku menyiapkan kerja rumah. Menjerang air di dapur. Menyapu rumah, menyiapkan sarapan. Ku buka jendela rumah. Terlihat burung-burung berkicauan. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa ke muka. Segarnya. Ku lihat jam di dinding. Sudah mencecah angka 7. Ini bermakna, aku harus bergegas untuk ke pejabat. Jika tidak, aku pasti akan tiba lewat pagi ini. Aku menyarungkan baju kemeja batik berwarna hitam putih dipadankan dengan tudung hitam dan seluar hitam. Ku lihat penampilan ku di hadapan cermin. Aku menyapu sedikit bedak dan gincu ala kadar. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku mengambil beg tangan yang terletak di atas kerusi. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi deruman kereta masuk ke perkarangan rumahku. Aku bermonolog di dalam hati "Siapa yang datang pagi-pagi buta ni?" Aku intai di sebalik jendela. Ku lihat 3 buah kereta masuk ke perkarangan rumah. Ku panggil ibuku. Ku buka pintu dan melihat penumpang di dalam kereta keluar. Secara tidak langsung, ku mengira jumlah penumpang yang ada. 10 orang semua. Berpakaian rasmi dan formal. Segak dan bergaya. Ibu menjemput mereka masuk. Alamak, sudah mahu hampir pukul 7.30. Aku pasti terlambat hari ini. Aku terlihat, seorang wanita membawa keluar sebuah dulang dari dalam kereta. Cantik hiasannya. Di dalam dulang tersebut, kelihatan sebuah kotak baldu berwarna merah hati. Mereka menghampiriku dan memberi salam. Kami bersalaman. Di dalam hati, aku masih tertanya-tanya, siapakah gerangan yang datang ini.
Tiba-tiba....
tEtttttttttt.....
Sudah! Sudah! Mengarut je pagi2 buta. cerita di atas tiada kaitan dengan hidup mahupun mati. de bkat tulis nOvl x? trpengaruh dgn nOvel kasih yang suci, novl yg diadptasi dr kisah nora elena. cter tuh da lme abez, bce novel x abez2 ag. berkurun lame nye. mne nak abeznye, blk kje, da penat. nk bce pn x de mOod. lagi2 da taw pe yg jdik. lagi la mls nk bce.. adoiii...
ok, bukn nk cter psl tuh sna nye..
pg tdi, mmg da nk terlmbt smpai opis. jalan kt mesia nie mmg x penah x jammed. bOleh plk, org shOotng tyme org nk g opis. xpsl2 kne maki ngn pmndu len. boleh die nak blok2 jln. mcm xde mse len je nk shooting. tgh2 peak tyme nie laa die cbOk nk shOot. tmbak produksi tuh bru taw.. nsb bek mak drift. tgk jam da kol 7.51. aisey, jgn la merah punchkad den. ble smpai dpn pn2, trus slam mak, cium2 bagai, trun dengan kelajuan 150km/j. Rutin pg2, angkt tgn kt pkck guard. hari nie pkck guard ckp "assalamualaikum puan".. huwaa kembang idung 10 cm..heee, dok tgh2 kembng idung tuh, smbil jln cm pejalan kaki pecut, tbe2 tumit kasutku tersekat kt penutup longkang yg jaring2 tuh. sbb jln ngn kelajuan yg tggi, kasut tertgl kt blkg, kaki da terdorong 2 3 lngkh kt dpn.. aisey, dpn pakck guard plk die nak tercbut.. jatuh saham 20%..smpt ag dlm ati pk2, nk jln g punchkad ke nk pth blk amek kasut. mne taw, nnt de putera raja g crik aku kt tingkat 9 ni. wawaawa.. cm gampang je aku nie..putera raja pO mOndO nk dtg risda? xdO kejO ko po.len la klO putera raja tuh de kebun getah. hOho..berangan je!!!dengan wat muke 7 sen, patah blk 2 3 tapak ke blkg, cabut kasut dengan sepenuh jiwa raga, dan pakai blk kasut tnpa memandang muka pkck guard..piuuuuuu~~ cpt2...trs punch, 7.56.fuhhh~~ selamat2..yez, msih brjya mengekalkn rekod khdrn cmrlang..muakakaka..
::Aku bukan Cinderella::
Sekian >.<
0 MenGarut:
Post a Comment